Search This Blog

Monday, September 27, 2010

dOa pEnGiKat KaSiH



Ya Allah
Seandainya telah engkau catatkan dia milikku,tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi

Ya Allah
Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihani
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami

Ya Allah
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat
Dan kurniakanlah kami keturunan yang soleh dan solehah

Amin amin ya rabbal 'alamin...





Saturday, May 15, 2010

.."10 RESIPI RAHSIA CINTA"..

1. Kekuatan berfikir

Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal
yang ingin kamu kenali akan membantu
kamu mengenali dia, ketika kamu
akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati

Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak
menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah
dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut
bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”.

Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang
yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa
yang aku hormati dalam diri mereka?”.

3. Kekuatan untuk memberi

Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya
terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang
akan kamu
terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus
pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam
kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh
cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku
beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.

4. Kekuatan persahabatan

Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati
terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling
berpandangan, tapi lebih bererti
bersama – sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang
seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.
Persahabatan
adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin
membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan
terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan

Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,
menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan.
Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang
sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan
tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..

6. Kekuatan untuk melepaskan

“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali
kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan
pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang
perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk
mencintai, pertama kita harus belajar
untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan
hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan
ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak
akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi
hidupku”.

7. Kekuatan dalam komunikasi

Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur,
hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi
dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai
dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata
magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk
mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai
dengan kata – kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir
kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi
kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan
kamu telefon, apa yang akan kamu katakan…dan sekarang…kenapa kamu
menunggu?

8. Kekuatan dari komitmen

Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu
menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam
fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati.
Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia
dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang,
berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang
membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang
kuat.

9. Kekuatan semangat.

Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat
yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal,
tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling
tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan
saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat
menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu
sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari – hari kita dengan
penuh semangat.

10. Kekuatan dari rasa percaya

Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.
Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takut
dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi
tertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh
sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah
seakan – akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan
berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu
benar – benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah
aku benar – benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya
adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum
kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

Rahsia Cinta Pasangan Yang Cemerlang.

Pasangan Yang Cemerlang – Semua orang yang berpasangan ingin mempunyai sebuah perhubungan yang sentiasa ceria, kukuh, mantap, penuh dengan cinta dan romantik, dan juga kalau boleh tidak berlaku konflik di dalamnya. Namun “tradisi” dalam perhubungan itu sendiri tidak memungkinkan ia bebas dari berlakunya perselisihan faham, “bermasam-muka”, terasa hati dan “perkara-perkara yang sewaktu dengannya.”


Pasangan yang cemerlang bertengkar dengan bersebab. Mereka tidak bergaduh besar dan tidak terlalu mengikut emosi bila keadaan menjadi tegang. Pasangan yang tidak berfungsi dengan sempurna juga bertengkar atau mungkin tidak, tetapi apa yang pasti ada pada pasangan seperti ini ialah mereka menyimpan perasaan tidak puas hati dan selalunya membenarkan perasaan ini bertambah dalam diri. Masalah utama kepada setiap pasangan ialah perasaan tidak puas hati dan geram. Ia umpama barah yang merebak tanpa disedari dan mempengaruhi dalam tindakan dan perkara yang lain. Bila perasaan ini semakin terbina dalam diri, bertambah dan berkembang, ia mula memberi kesan ke atas persepsi kita terhadap pasangan. Trauma semasa kanak-kanak atau perhubungan yang lepas selalu juga menghasilkan perasaan geram/tidak puas hati yang ditujukan dalam sesuatu perhubungan yang baru.

Macamana seseorang boleh jadi seperti ini? Perasaan tidak puas hati adalah perasaan marah atau geram yang terkumpul atau bertambah secara perlahan-lahan dalam diri seseorang akibat daripada melakukan atau memberi sesuatu dengan berlebihan berbanding dari apa yang diperolehi. Memberi dengan berlebihan dari apa yang anda dapat semula adalah baik sekiranya ia berpada-pada. Namun, tiba pada satu masa ini akan membuatkan seseorang itu rasa ditipu atau dipermainkan.

Ramai wanita percaya bila seorang lelaki hadir dalam hidupnya, inilah masa untuk dia menerima. Dalam hati dia berkata, “Akhirnya, aku dah ada seseorang untuk menjaga, mengambil berat kepada aku seperti aku mengambil berat terhadap orang lain.” Hakikatnya lelaki itu tidak tahu pun bahawa dia sepatutnya mengisi segala kekosongan yang wanita itu ada dan fikirkan.

Anda perlu ingat perkara ini. Lelaki bukanlah satu kejadian yang dapat memahami diri anda dengan mudah. Sekiranya anda tidak memberitahu dan tunjukkan kepadanya bila dia melakukan sesuatu yang melukakan hati anda, kebarangkalian dia terus melakukan perkara yang sama itu tinggi kerana dia tidak tahu, tidak sedar yang dia telah melukakan anda. Ini pasti akan menambahkan lagi luka di hati anda kerana kelihatannya dia hanya “buat bodoh” seolah-olah tidak ada apa pun yang berlaku

Sebagai orang yang matang dan dewasa, konflik sentiasa dihadapi dalam sesuatu perhubungan intim dan istimewa. Kalau anda ingin berada dalam sesuatu perhubungan dan dalam masa yang sama anda tidak mahu mengambil risiko, anda perlu lupakan sahaja idea atau impian untuk berpasangan apatah lagi berkahwin. Terlibat dalam sebuah perhubungan sebagai seorang yang matang dan dewasa bermakna anda perlu dan mesti berhadapan serta mengambil risiko.

Ada masanya anda perlu berkata sesuatu, menunjukkan, dan menegaskan sesuatu perkara dan bertanya sesuatu soalan yang kelihatan seolah-olah memalukan atau melukakan pasangan anda. Sekiranya anda tidak mampu atau tidak boleh mengambil risiko dalam perhubungan bersama pasangan anda, sesuatu yang pasti, anda tidak mungkin jadi semakin intim dengannya. Tentang isu tertentu yang anda rasa pasti anda tidak perlu timbulkan, maka janganlah langsung anda timbulkan perkara tersebut.

Menekan/memendam perasaan marah memberi kesan ke atas bahagian yang paling penting dalam diri setiap wanita, HATInya. Ini adalah bahagian yang kita semua miliki dalam diri kita. Ia adalah separuh daripada psikologi kita yang dipanggil bahagian yang mempunyai tindakan luar sedar dan tugas utamanya adalah untuk melindungi dan membolehkan kita terus hidup.

Sewaktu kita kecil, bahagian ini bertanggungjawab dalam membantu untuk kita terus hidup dan mendapat kekuatan. Bila kita rasa terancam, bahagian luar sedar ini mula bertindak sebagai pertahanan untuk keselamatan diri apatah lagi bila ibu bapa atau penjaga kita tidak melakukan sesuatu, HATI kita akan mula bertindak dalam mod untuk menyelamatkan kita.

Untuk menggambarkan perkara ini, andaikan anda berada dalam sebuah keluarga. Dalam keluarga ini, anda berasa seolah-olah tidak mendapatkan kasih-sayang (atau tidak difahami, tidak cukup selamat, dsb). Mungkin juga tidak mendapatkan kemesraan yang mencukupi. Dalam keadaan ini, hati anda perlu mencari jalan untuk menyelamatkan kanak-kanak yang masih tidak berdaya ini, supaya anda dapat mengharungi situasi yang seumpama itu. Terasa juga ingin mengadu kepada orang lain tetapi anda terfikir apakah yang mereka boleh buat? Akhirnya, hati anda meyakinkan anda yang anda sebenarnya tidak perlukan kasih-sayang sama sekali.

Dalam usaha untuk membuatkan anda rasa tenang, hati anda berkata, “Anda tak perlu rasa disayangi. Percayalah, anda akan ok tanpanya”. Hati anda perlu “menipu” anda dan meyakinkan anda bahawa apa juga kehilangan yang anda rasakan adalah tidak penting dan anda tidak perlu rasa kecewa. Ini membolehkan anda membesar dan dalam masa yang sama anda tidak sedar betapa sebenarnya anda sangat memerlukan kasih sayang dan belaian.

Kemudian, hanya untuk memberi peringatan kepada anda ya, keadaan ini akan meletakkan seolah-olah satu pagar kawat yang berduri di sekeliling hati anda supaya bila ada sahaja harapan yang anda rasa atau letakkan ke atas sesuatu atau seseorang, hati anda yang dipagari itu akan mengingatkan anda bahawa menaruh harapan hanya akan melukakan anda dan membuat anda kecewa. Bila saya katakan pagar kawat yang berduri, saya merujuk kepada perasaan yang kuat seperti ketakutan, keraguan, kekecewaan atau kelukaan.

Perkara seperti ini mungkin berjaya dilakukan dengan baik ketika zaman kanak-kanak dan kemudian anda pun dewasa. Semakin anda meningkat dewasa, sesuatu dalam diri anda mula berkata, “Tidak, sebenarnya aku inginkan satu perhubungan di mana aku disayangi, dibelai dan dimanja”. Jadi anda mula membenarkan orang lain mendekati anda dan sebagaimana dalam “dating”, perkenalan, percintaan, berpasangan, atau pun perkahwinan, pada peringkat awal hampir segalanya amatlah indah.

Namun demikian, perasaan yang indah ini mula membawa kembali kenangan dilukai dan kekecewaan yang telah anda lalui, iaitu kenangan semasa kecil dahulu bila anda mula menaruh harapan hanya untuk dilukai kemudiannya. Jadi pagar kawat yang berduri ini mula menjelma dan menaikkan dirinya di sekeliling hati anda dan tanpa sebab-sebab yang jelas, anda mula mensabotaj perhubungan anda sendiri. Dalam masa yang sama, pasangan anda terpinga-pinga dan tertanya-tanya, apa salahnya dia?

Baiklah, dari perspektif hati anda, anda sedang dilindungi. Hati anda merasakan yang anda berkemungkinan akan dilukai sekali lagi. Walaupun anda bukan lagi kanak-kanak pada masa ini, perhubungan membuatkan anda “terdedah” seperti mana kita semua masih di zaman kanak-kanak. Sebab itu, bila kita terluka atau terasa hati, kita selalu bertindak primitif dan segalanya dirasakan bersifat peribadi. Ini sebabnya kebanyakan lelaki dilihat sukar untuk memberi komitmen dan kebanyakan wanita sukar untuk membenarkan seseorang mendekatinya atau mempunyai sebuah perhubungan yang berkekalan. Hati mereka percaya mereka masih lagi memerlukan perlindungan walaupun ini akan menjauhkan mereka daripada sebuah perhubungan yang mereka sangat inginkan.

Sekarang, macamana anda ingin mengetahui bagaimana sekiranya perkara seperti ini sedang berlaku dalam hidup anda?

Macamana keadaannya bila seseorang itu ada “pagar kawat yang berduri” seperti ini di sekeliling hatinya?

Macamana pula nak buat untuk “turunkan pagar kawat yang berduri” ini sekiranya wujud pada diri, pada hati anda supaya lebih mudah untuk anda mendapatkan sebuah perhubungan yang cemerlang?

Saturday, March 13, 2010

seKaDaR RenUnGaN BeRsAmA..

"Cinta yang sejati ,adalah cinta yg hakiki..."


"Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti.....Bencilah sesuatu yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti....."


"Wanita baik dijanjikan utk lelaki yg baik dan begitulah sebaliknya, telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu.....Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu.....Jika kau tetap di atas jalan yang diredhai Allah S.W.T, insya_Allah si dia turut di jalan yang sama.....Lupakan segala kegundahan, teguhkan diri pada cinta hakiki, nescaya lelaki soleh turut kau miliki.....Senyumlah pada sinar yang menantimu dihadapan....."


"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang.....
bukan terletak pada wajah dan pakaiannya....."